Thursday 29 January 2015

Berapa Bayaran untuk Peguam Hartanah

Salam bahagia,

Sedikit info mengenai kos atau yuran peguam bagi kes jual beli hartanah.
Untuk makluman, yuran guaman mestilah mengikut skala yang telah ditetapkan oleh "Solicitors' Remuneration Order 2005" (SRO) yang mana ianya telah digubal khas bagi bayaran guaman.


Boleh cuba link ini untuk ketahui berapa kos peguam untuk perjanjian jual beli dan hartanah anda

http://www.elawyer.com.my/legal_calculator.php?solo=y

Namun begitu, pembelian rumah daripada pemaju adalah berbeza.



Beli Rumah Sebelum GST

Salam bahagia,

Umum dah tahu Malaysia akan laksanakan GST mulai April 2015.
Dengan pelaksanaan GST, harga rumah sedikit sebanyak terkena tempiasnya.

Harga rumah dijangka akan naik 3% menurut sumber daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-rumah-dijangka-naik-8232-tiga-peratus-selepas-gst-1.24021





Ini bermakna bagi rumah yang berharga RM 100,000 kenaikan 3% bersamaan RM 3,000.



Sunday 1 June 2014

Rumah Untuk Disewa di Senawang Seremban N.Sembilan

Salam bahagia,

Rumah untuk disewa di Senawang Seremban N.Sembilan.

Lokasi rumah di Taman Desa Melor berdepan dengan Taman Satria.
Masuk ke bomba senawang simpang pertama sebelah kanan ada signboard Taman Desa Melor.

2 storey terrace.
- 4 bilik
- 3 bilik air/tandas.
- Tingkat atas: 1 master bedroom dan 2 bilik lagi share 1 bilik air.
- Tingkat bawah: ruang tamu yg luas,1 bilik, dapur, tandas.

Berdekatan dengan Giant Senawang, pusat servis Proton, balai bomba, balai polis dan masjid.
Tidak mengadap rumah orang.
Padang permainan dan surau lebih kurang 100meter.

Alamat:
462, lorong desa melor 2/1,
Taman Desa Melor,
Senawang

Ada 1 meja makan dan 4 kerusi.
Ada rak dapur lebih kurang 2x3 kaki untuk letak dapur gas.
Tiada perabot.
Kipas siling di ruang tamu dan master bedroom sahaja.

Nak datang tengok-tengok bahagian luar rumah dipersilakan.
Nak tengok bahagian dalam rumah, kena buat temu janji dulu.


Sewa untuk Setahun atau lebih:
Kadar sewa RM600 sebulan.
Deposit sekuriti 2 bulan + sewa 1 bulan
Deposit air, elektrik dll RM200
Jumlah bayaran pendahuluan: RM2000.00

Sewa untuk Sebulan (30 hari):
Kadar sewa RM700 untuk 30 hari sahaja.
Deposit sekuriti RM200 + sewa 1 bulan
Deposit air, elektrik dll RM100
Jumlah bayaran pendahuluan: RM 1000.00

Sewa untuk Setengah Sebulan (15 hari):
Kadar sewa RM400 untuk 15 hari sahaja.
Deposit sekuriti RM200 + Sewa 15 hari
Deposit air, elektrik dll RM100
Jumlah bayaran pendahuluan: RM 700.00

Sewa untuk Seminggu (7 hari):
Kadar sewa RM250 untuk 7 hari sahaja.
Deposit sekuriti RM100 + Sewa 7 hari
Deposit air, elektrik dll RM50.00
Jumlah bayaran pendahuluan: RM 400.00

***Nota:
- Kadar sewa di atas ialah sewa untuk sebuah rumah.
- Tuan rumah tidak menyediakan perabot seperti katil, tilam, dapur gas memasak dan lain-lain.
- Deposit sekuriti akan dipulangkan jika rumah ditinggalkan dalam keadaan baik.
- Tempoh sewa minimum ialah 7 hari. Kadar sewa RM200 walaupun tinggal kurang dari 7 hari.


Kekosongan mulai bulan Jun 2014 (telah disewa)
Isi borang permohonan penyewaan di bahagian bawah.
Hubungi/SMS tuan rumah +60176103678 selepas mengisi Borang Permohonan Sewa Rumah berkenaan.




Thursday 29 May 2014

Perbandingan Kadar Faedah Pinjaman Bank Semasa

Untuk mengetahui kadar faedah atau interest rate pinjaman perumahan terkini, boleh layari

http://www.imoney.my/home-loan#tab-homeloan

Senarai bank di Malaysia dan kadar faedah akan disenaraikan. Anda boleh menukar jumlah pinjaman di bahagian kanan "Search for your ideal loan" dan maklumat pembayaran balik akan dipaparkan.

Laman di atas menghimpunkan senarai bank dan kadar faedah semasa yang dikenakan. 

Wednesday 28 May 2014

Contoh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan

Salam bahagia,

Berikut adalah contoh bayaran balik pinjaman perumahan mengikut kadar faedah semasa Mei 2014.

Jumlah Pinjaman Perumahan: RM 240,000

Tempoh pinjaman: 25 tahun